Keputusan mahkhamah mengistiharkan DS Nizar sebagai Menteri Besar Perak merupakan satu petanda bahawa demokrasi telah diperjelaskan seterusnya memberi peluang kepada rakyat untuk membuat keputusan yang betul. Apa yang penting sekarang ialah pembubaran DUN untuk memberi peluang kepada rakyat menentukan pilihan mereka sama ada BN atau PR yang layak menjadi pemerintah di Perak Kita ingin melihat ketelusan DS Nizar untuk memulangkan kepada rakyat membuat keputusan melalui undian. Jika PR kalah maka BN sewajarnya berhak untuk memerintah Perak melalui kepimpinan UMNO. Keputusan mahkhamah itu juga melegakan rakyat Malaysia yang sentiasa membuka blog Perak ini.
Keputusan DS Nizar sebagai Menteri Besar yang sah dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, sebentar tadi.
Dalam keputusannya, Abdul Aziz berkata jawatan Menteri Besar Perak tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Artikel 16(6) Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan undi tidak percaya terhadapnya hanya boleh dibuat ketika persidangan Dewan Undangan Negeri.
Bagaimanapun, keputusan itu masih belum muktamad kerana pihak yang kalah boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Mohammad Nizar memfailkan semakan kehakiman itu pada 13 Februari lalu, memohon perintah injunksi bagi menghalang Zambry, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Februari lalu, atau ejennya daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.
Mohammad Nizar juga memohon perintah supaya Zambry memberikan tunjuk sebab bagaimana dan mengikut dasar atau kuasa apa beliau berhak memegang jawatan itu.
Beliau turut memohon perisytiharan mahkamah, Zambry bukanlah Menteri Besar Perak dan tidak berhak menjawat jawatan itu.
Selain itu, Mohammad Nizar juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan.
Pada 6 Februari lalu, Zambry mengambil alih pucuk pimpinan negeri Perak selepas Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan 31 Adun berbanding 28 Adun bagi Pakatan Rakyat (PR).
Merujuk kepada kenyataan bahawa tiga ahli ADUN bebas menyokong BN di atas jelas sekali bahawa sokongan itu bersifat bebas dan bukan kukuh kerana ketiga-tiga ADUN tersebut tidak direstui oleh pengundi mereka. Berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang sangat jelas bahawa ADUN Changkat Jering tidak diterima oleh rakyat. Mereka menang pada pilihan raya lepas atas tiket PKR dan DAP. Mereka tidak mewakili sokongan majoriti rakyat melainkan hanya untuk diri mereka dan individu-individu yang ada kepentingan sahaja.
DS Nizar hendaklah membubarkan DUN, jika rakyat masih sayangkan BN, ambillah kesempatan ini untuk merampas kembali Perak dari PR. Begitu juga dengan PR, jika PR terbukti mampu memerintah Perak PR pasti akan mendapat kembali kerusi mereka.
No comments:
Post a Comment