Wednesday, November 4, 2020

JANGAN PANIK DENGAN COVID-19

 Perutusan sempena new high kes positif (17/10/2020)


1. Masalah coronavirus atau masalah manu

- Coronavirus tidak berjalan ke sana ke sini dengan sendiri, tidak merancang strategi untuk menyerang manusia. Coronavirus tidak fikir cara untuk bunuh manusia.

- Coronavirus hanya organisma ringkas yang react menurut sifat semula jadinya - replicate apabila dalam hos yang sesuai. Mutasi yang berlaku pun sebab kesilapan semasa proses replikasi. Sifat semula jadi ini adalah neutral, bukan baik mahupun jahat.

- Sebaliknya, manusia yang merancang bagaimana membasmi virus ini. Mengenali sifatnya, tahu cara penularannya dan faham apa bahayanya.

- Persoalannya, kenapa yang merancang tewas kepada yang tidak merancang? Siapa bah yang bermasalah ni?

  Adakah penting untuk saya tahu, saya positif atau negatif COVID-19? Sebab saya takut bah, ada budak kecil, ada orang tua di rumah…

- Jawapan: tidak penting.

- Jadi apa yang penting? Tanya diri sendiri, adakah saya amalkan norma baharu? Apakah norma baharu? Penjarakan fizikal – jarak 1 meter, elakkan bersentuhan, etika batuk, pakai mask, cuci tangan, sanitasi. Untuk anggota kesihatan, tanya diri adakah saya amalkan SOP di tempat kerja dengan serius dan betul?

- Jika semua norma baharu dipatuhi, tidak perlu tahu positif. Kecualilah, jika ada simptom seperti demam, batuk, selesema, susah bernafas dll DAN ada sejarah berkunjung/berada di tempat kluster/zon merah. Then memang kena tahu positif/negatif sebab anda mungkin perlukan rawatan.

- Kebanyakan orang take for granted. Orang yang kita jumpa setiap hari itu-itu juga, yakin tiada simptom, yakin tidak kena. Bila dengar ada orang terdekat positif, terus menggelabah mau swab juga. Masa itulah baru kononnya mau isolate mau norma baharu, itu tekak pun macam gatal-gatal pandai mau batuk-batuk. Terus rasa macam mau demam pun ada. Bila result keluar negatif, wah mengucap syukur kelegaan. Lepas tu balik lagi tabiat lama, tidak amal penjarakan fizikal.

- Jika tidak amal norma baharu, result negatif hari ini tidak membawa makna, sebab esok boleh terdedah lagi. Kalau mau bergantung dengan result, setiap orang kena swab setiap hari atau setiap kali keluar rumah.

Apakah cabaran utama hospital?

- Cabaran hospital bukan kerana COVID-19 ialah penyakit yang rumit. Banyak lagi penyakit lebih rumit daripada COVID-19. Cabaran utama hospital ialah sumber.

- Sumber tenaga anggota kesihatan, sumber PPE, makmal, katil, oksigen, ventilator dan peralatan perubatan lain. Jika terlalu banyak kes dalam satu-satu masa. Kita akan kehabisan sumber dan menyebabkan rawatan optima tidak dapat diberikan kepada pesakit.

- Anggota kesihatan sebenarnya bukan petugas barisan hadapan (frontliner). Kita tiada barisan hadapan, barisan tengah, barisan belakang. Anggota kesihatan adalah satu-satunya barisan pertahanan anda. We are your only and single-line.

- Anggota kesihatan yang kurang rehat dan keletihan lebih terdedah dengan risiko jangkitan. Jika barisan ini collapse, bukan hanya pesakit COVID-19 bermasalah, pesakit lain seperti kemalangan, stroke, serangan jantung, pesakit dialysis, cancer dan penyakit kritikal yang lain juga bermasalah. Lindungi sumber hospital untuk melindungi anda.


Jaga Diri, Jaga Semua

No comments:

Post a Comment