Sunday, February 10, 2013

MENTERI PERSEKUTUAN PERLU KELAYAKAN MENGIKUT JAWATANNYA

Sejak negara merdeka  menteri-menteri persekutuan dilantik berdasarkan keakraban dengan presiden parti dan kelayakan minima menyandang jawatan anggota parlimen. Boleh dikira dengan jari menteri yang dilantik kerana merit kecemerlangan dalam pendidikan apatah lagi kelayakan menjalankan kaji selidik terhadap sesuatu program pembangunan. Senario ini sepatutnya tidak lagi berlaku pada abad ke 21 kerana negara memerlukan pemimpin yang mempunyai kemampuan merancang dan mengurus risiko yang akan berlaku sekiranya sesuatu tindakan dilakukan tanpa cukup perancangan. 

Amalan meletakkan perancangan sepenuhnya kepada kakitangan bawahan sebenarnya kurang berkesan. Ia hanya menyebabkan perubahan dasar yang sentiasa  tidak konsisten. Misalnya dasar pendidikan telah berubah beberapa kali secara tidak disedari telah menyebabkan perbezaan generasi yang dilahirkan. Sistem pendidikan lama yang mengutamakan disiplin secara individu menyebabkan patriotik kumpulan tersebut kepada negara dan politik tanah air sangat kuat. Sebaliknya generasi yang dilahirkan menerusi sistem baru lebih memikirkan kreativiti dan inovatif yang menyumbang kepada perbezaan aliran pemikiran berbanding generasi lama. 

Jika ditinjau secara rawak sistem pendidikan di negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Britain dan Jerman, sistem pendidikan mereka masih lagi mengekalkan sistem pendidikan lama tetapi dengan penambahan elemen-elemen baru tanpa mengubah sistem tersebut. Penambahan subjek umpamanya tidak drastik tetapi melalui kaji selidik terlebih dahulu serta dibincang secara terperinci. Pemimpin negara kita. tidak peka terhadap hal ini, bagi mereka yang penting ialah pembaharuan dan pembangunan. Justeru itu kesannya mula dirasai hari ini di mana pemimpin-pemimpin baru lebih mengutamakan politik daripada kecintaan terhadap tanah air.  

Oleh itu PRU13 merupakan satu ruang untuk membahaskan isu pendidikan tanah air supaya generasi akan datang memahami perlembagaan negara dan sistem pentadbiran negara. Pembentukan Malaysia perlu ditekankan termasuk konsep perkongsian kuasa mengikut kaum perlu dijelaskan supaya tidak wujud budaya-budaya penafian dan pencentasan mereka yang berkelayakan. Saya sangat bersetuju agar ketua pembangkang pada masa depan dilantik sebagai Menteri pertahanan negara seperti di US, seteru politik dilantik sebagai setiausaha kepada presiden.

1 comment: