Friday, August 7, 2009

Demokrasi Mencegah H1N1

A(H1N1): Kes kematian kini 15 orang

PETALING JAYA: Jumlah kematian akibat jangkitan influenza A(H1N1) di negara ini meningkat lagi dengan seorang lelaki berusia 40 disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Dengan kematian itu, Malaysia telah merekodkan 15 kematian setakat pagi tadi.

"Merujuk kepada kes kematian ke-15, kes adalah seorang lelaki obes berumur 40 tahun, yang dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2009 kerana mengalami sesak nafas dan telah meninggal dunia kelmarin kerana Acute Coronary Syndrome with Cardiogenic Shock," kata kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini.

Mangsa mengalami demam dan batuk sejak 28 Julai lalu dan telah mendapat rawatan di klinik swasta pada 31 Julai lalu dan hospital swasta pada 2 Ogos sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur.

Pesakit itu disahkan positif influenza A(H1N1) semalam iaitu sehari selepas kematian, kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu menambah, sebanyak 33 kes baru influenza A(H1N1) dilaporkan hari ini.

Kesemuanya adalah kes tempatan dan di kalangan warganegara Malaysia.

Daripada 33 kes yang dilaporkan hari ini, 28 merupakan kejadian dari sembilan kluster baru dan lima adalah kes sporadik atau terpencil.

Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 8 pagi tadi adalah sebanyak 1,525 kes dengan jumlah kematian 15 orang.

Daripada 1,525 kes yang dilaporkan tersebut, 574 atau 38 peratus merupakan kes import dan 951 (62 peratus) kes jangkitan tempatan.

Daripada jumlah ini, 1,434 kes (94 peratus) telah sembuh.

Bilangan kes jangkitan influenza A(H1N1) yang masih berada di Unit Rawatan Rapi adalah 14 orang.

Seramai 44 pesakit sedang menerima rawatan antiviral di wad isolasi manakala 33 orang menerima rawatan pesakit luar.

Daripada 14 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 5 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (2), post-delivery (1) dan bayi (2).

No comments:

Post a Comment