Friday, May 8, 2009

Demokrasi Bukan Paksaan

Sebagai rakyat Malaysia kita sangat kecewa dengan Sidang DUN yang kekecohan semata-mata kerana tamakkan kuasa. Kenapakah pemimpin BN Perak terlalu gopoh dan tidak berfikir panjang? Kenapa sidang DUN dicemari oleh orang awam (Ganesan) dan kakitangan awam (polis dan yang tidak berkaitan dengan DUN? Peristiwa ini sangat memalukan rakyat Malaysia di mata dunia apatah lagi negara ini dikenali sebagai negara yang aman dan makmur. Kenapa pemimpin perak tidak sabar untuk mendapatkan jawatan mereka?

Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak yang diadakan semalam tanpa menunggu sebarang keputusan Mahkamah hanyalah helah BN untuk menyingkirkan Speaker Dun yang sah, V.Sivakumar.

Demikian telahan Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah ketika ditemui di Badanb Perhubungan PAS Perak selepas sidang kontroversi Dun Perak semalam.

BN katanya sengaja beberapa kali melengahkan perjalanan sidang, menafikan hak Sivakumar membuat arahan dan keputusan selaku speaker yang sah.

Malah sidang yang boleh disifatkan sebagai satu lagi usaha rampasan kuasa itu turut menggunakan polis bagi menekan Pakatan Rakyat, ujarnya.

Kata Khalil Ihdam lagi, polis sengaja dibiarkan menceroboh dengan jumlah yang sangat besar sehingga 400 orang semata-mata membantu untuk mengusung Sivakumar keluar dari kerusi Speaker dan menyorokkan Speaker itu di dalam stor tingkat dua.

Dalam pergelutan adun-adun Pakatan Rakyat mempertahankan Sivakumar, ramai yang dikasai polis dan akibatnya ada yang dipijak polis, katanya.

Beliau sendiri bergelut dengan polis menyebabkan ditarik keluar dengan cara yang paling tidakj bertamadun dan menyedihkan, katanya.

"Saya sebut nama Allah, Allah,cukup kuat tekanan ketika itu dan saya dihentam polis, ditolak dan tarik saya keluar, kita tidak mengalah tetapi sampai bila kami nak begelut, inilah kaedah BN dalam menidakkan demokrasi kepada kami,"katanya kesal.

Justeru kata Khalil Idham, secara keseluruhannya sidang pada hari tersebut adalah satu usaha dan bukti, satu hasrat untuk rampasan kuasa kerusi Speaker.

"Tindakan beberapa kali penangguhan itu dirancang untuk S.Ganesan (Wakil MIC bukan Adun) duduk di kerusi Speaker," katanya.

Sehubungan itu Khalil Idham menyifatkan tindakan itu satu perancangan yang dilakukan oleh BN untuk singkair speaker dengan cara yang tidak beretika.

Walau bagaimana pun pemimpin perak yang masih waras dan mempunyai pegangan agama yang tinggi perlu menerima hakikat bahawa Allah menguji umatnya pada kali ini. Pihak yang benar pasti akan memperolehi kebaikan sebaliknya pihak yang melakukan kemungkaran juga akan menerima bahagiannya.

Demokrasi sudah terhakis di Perak. pejuang-pejuang demokrasi perlu menulis segala peristiwa yang berlaku dalam bentuk buku supaya akan dikenang oleh anak cucu pada masa depan. Demokrasi bukan paksaan tetapi perlu diamalkan dengan hati yang tulus ikhlas, bukan kerana pangkat atau kedudukan kerana semua itu tidak akan bertahan sampai seribu tahun.


1 comment:

  1. demokrasi bukan paksaan tapi umno telah pakse kite ke jalan mereka iautu menggunakan balaci2 yg kite bayar gaji... salam...
    (sidang dun 7/5/09) untuk mengetahui laporan media dari dunia ... hehe

    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/05/berita-dr-saentero-dunia-apabila-lanun.html

    ReplyDelete