Tuesday, November 24, 2009

Sabah Ke Arah Negeri Maju 2015?

SAYA ingin mengambil kesempatan dan peluang untuk turut bersama Adun-Adun Negeri Sabah bagi membincangkan Perbahasan BAJET NEGERI SABAH yang dibentangkan oleh Ketua Meteri Sabah minggu lalu pada 13 November 2009 Sebagai Wakil Rakyat yang Tak Berkerusi (Wakil Rakyat Blogger Sabah) ke arah perbincangan belanjawan Negeri Sabah yang dibentangkan.

Bagi maksud ini saya ingin menyentuh satu tajuk baru yang amat asing bagi kita dan tidak pernah berlaku sejak kita merdeka 46 tahun dulu.

PENERBITAN BON SABAH

Datuk Musa aman menganggap perkara ini adalah profail kredit (credit profile) bagi Negeri Sabah dengan pengiktirafan dan peningkatan Rating Agency Malaysia (RAM) AAA oleh Kerajaan Persekutuan.

TERIMAAN BUKAN HASIL sebanyak RM818.82 juta atau 26.18 peratus termasuklah sejumlah RM544.00 juta daripada penerbitan bon mengikut perancangan kewangan negeri, seperti yang dilaporkan oleh Ketua Menteri Sabah.

“Seharusnya menjadi pendorong kepada kita untuk berusaha dengan lebih gigih. Eksesais penerbitan bon ini adalah yang pertama kali pernah dilakukan oleh sebuah kerajaan negeri. Ia juga menampilkan profail kredit (credit profile) negeri Sabah ke dunia pelaburan dan membuka peluang untuk mendapatkan sumber pembiayaan kos rendah di pasaran kewangan”.

Datuk Musa Aman – Budjet 2010.

Tujuan penerbitan bon ini adalah untuk membiayai projek-projek komersial berpotensi dan berdaya saing (viable) menerusi kos pembiayaan yang rendah, di samping menjana hasil negeri pada masa hadapan. Ini juga akan menambah keupayaan kewangan negeri ke atas usaha membiayai projek pembangunan asas dan sosio ekonomi dengan lebih efektif tanpa bersaing dengan sumber yang sama.

Pendekatan yang diambil ini dapat memperluaskan ‘revenue-base’ negeri yang menuntut disiplin baru dalam pengurusan kewangan. Ia juga sejajar dengan usaha melakukan transformasi dan lonjakan ekonomi bersama-sama dengan sektor swasta sebagai rakan kongsi.

Apapun jumlah Belanjawan yang disediakan oleh Kerajaan Sabah, hatta RM1 pun belanjawan itu adalah dianggap BAJET MESRA RAKYAT. Walaubagaimanapun dalam perancangan jangka panjang adalah tidak bijak bagi kita untuk membelanja wang yang kita tidak perolehi, lebih-lebih lagi jika kita kena membelanjakan wang yang dipinjam melalui Pengeluaran Bond.

Sebagai contoh:

Kita akan membelanjakan RM3.304.38 Billion (Budjet 2010) di mana Pendapatan perolehan kita RM2,707.82 billion tahun sebelumnya.

Pada tahun 2010 Pendapatan atau perolehan kita mungkin RM3,127.65 Billion , berapa pula yang akan kita belanjakan pada 2011 sebagai Bajet Belanjawan Kita?

Kalau berdasarkan Peningkatan Ekonomi Kita (Economic Growth) kita mestilah membelanjakan RM 3.5 Billion atau lebih pada masa akan datang, alasannya senang, ‘Growth-up Economic’, Kerajaan Negeri tidak mahu Defisit.

Dalam masa 5 tahun akan datang 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 kita Memerlukan sumber RM 1/2 Billion (Setengah Billion ) untuk membayar semula Bond-Bond yang dikeluarkan tadi, wal hal wang itu tidak pernah kita perolehi dan melihatnya.

Dengan Inflasi yang berganda pada hari ini dan faktor-faktor lain yang berlaku terhadap ekonomi kita, mungkin belanjawan kita akan melonjak ke angka lebih dari RM5 Billion pada masa akan datang disebabkan banyak faktor yang berlaku terhadap ekonomi dan pembayaran semula BOND tadi.

Pada 2015 sasaran kita akan menjadi negeri maju, apakah setelah kita mencapai Negeri maju kita terus menanggung bebanan hasil dari pembayaran Bond-Bond Terbitan itu? Perkara ini tidak termasuk hutang Kerajaan Negeri Sabah kepada Kerajaan Persekutuan yang dijangka meningkat melebihi dari RM 1 Billion 2010.

Di mana kita akan mencari wang ini dan siapa pula yang akan mengeluarkannya?.

Revenue premium kayu balak kita di peringkat parah dalam sejarah 37 tahun sejak 1972 di mana dijangkakan kita cuma memperolehi RM1.46 juta, sementara royalti minyak kita berkurangan ke RM 647.20 juta mengikut anggaran Petronas.

Bond-Bond yang telah dikeluarkan ini tetap akan matang dan pihak kerajaan terpaksa untuk mengeluarkan perbelanjaan atau membayarnya semula, walhal semua BOND ini berada di mana? Siapa perolehi? dan menafaatnya untuk siapa?. Mungkin Kerajaan untung, swasta untung tetapi akhirnya rakyat juga yang menanggung.

Memaksa ‘Economic Growth’ tanpa kawalan akan membawa bencana terhadap ekonomi negara di masa akan datang.

Generasi akan datang akan menanggung risiko yang amat tinggi, hasil dari keghairahan kita untuk terus mengejar apa yang dipanggil ‘Economic Growth’.

Oleh yang demikian kita amat berharap supaya ‘Economic growth’ dapat dikawal dengan bijaksana bagi mengelakkan bencana ekonomi pada masa akan datang. Pengurusan Ekonomi secara terancang dan teratur perlu diambil perhatian.

Berbelanja secara bijaksana adalah lebih baik daripada berbelanja dengan ghairah bagi mengejar peningkatan ekonomi yang membawa bencana Ke arah SABAH NEGERI MAJU 2015.

1 comment:

  1. Halo,
    Nama saya ELIYANTI dari MALAYSIA, saya cadangkan semua orang di sini untuk berhati-hati, kerana terdapat banyak peminjam pinjaman palsu di internet, tetapi mereka masih merupakan syarikat pinjaman palsu. Saya telah ditipu oleh 4 syarikat pinjaman yang berbeza, saya kehilangan banyak wang kerana saya sedang mencari pinjaman daripada syarikat mereka.
    Saya hampir berputus asa sehingga saya meminta nasihat rakan dari Malaysia yang memperkenalkan saya kepada peminjam pinjaman asal dan syarikat yang sangat dipercayai Puan Gloria S (GLORIA S LOAN COMPANY) yang mendapat pinjaman saya sebesar Rp800,000,000 dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan dan pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%. Saya sangat terkejut apabila saya menyemak akaun bank saya dan mendapati pinjaman yang saya minta telah dipindahkan ke akaun bank saya tanpa sebarang kelewatan atau kekecewaan jadi saya berjanji untuk berkongsi berita baik supaya orang dapat mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan dari Puan Gloria S (SYARIKAT PINJAMAN GLORIA S).
    Saya mahu anda mempercayai Puan Gloria S dengan sepenuh hatinya kerana dia sangat membantu dalam hidup saya dan kehidupan kewangan saya. Anda harus menganggap diri anda sangat bertuah untuk mempunyai
    peluang untuk membaca kesaksian ini hari ini. Jadi, jika anda memerlukan pinjaman, hubungi Puan Gloria S melalui e-mel: (gloriasloancompany@gmail.com) ATAU WhatsApp Nombor: + 1 (330) 577-2859 atau hubungi saya melalui Email: eliyantidd1@gmail.com

    ReplyDelete