Saturday, September 19, 2009

Demokrasi Mencegah H1N1 Siri 13

76 + 1 mati = 77
Laporan yang basi.
H1N1 masih mengganas tetapi disembunyikan.

Jumalah kematian akibat jangkitan Influenza A (H1N1) meningkat kepada 77 orang sehingga ini apabila ia meragutkan seorang lagi korban terbaru yang merupakan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun.

Pelajar itu yang tinggal di asrama sekolah, dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan meninggal dunia pada 11 September lalu.

Bagaimanapun, kematiannya hanya dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Katanya, pelajar terbabit rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim pada 7 September kerana telah demam, batuk dan selsema selama sehari.

"Pesakit juga ada riwayat mengidap penyakit asma. Kes dirawat sebagai kes ringan ILI dan diberi rawatan simptomatik pesakit luar," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pesakit itu tidak puluh dan dibawa semula ke hospital berkenaan empat hari kemudiannya, iaitu pada 11 September dan terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk rawatan antiviral influenza.

Oleh kerana komplikasi jangkitan, katanya, pesakit meninggal dunia enam jam selepas dimasukkan ke hospital akibat radang paru-paru yang terusk dengan jangkitan H1N1.

"Sampel palitan tekak pesakit disahkan mengalami jangkitan H1N1 melalui ujian makmal pada 12 September 2009," katanya.

Sementara itu, seramai 69 pesakit baru dengan gejala seperti influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Dalam masa yang sama, kata Mohd Ismail, 150 kes telah dibenarkan pulang, menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di 85 hospital, termasuk 13 hospital swasta di seluruh negara adalah 740 orang.

"Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 190 pesakit atau 26 peratus merupakan kes H1N1 yang disahkan melalui ujian makmal.

"Daripada 190 kes H1N1 yang sedang dirawat di hospital, sejumlah 29 kes atau 15 peratus adalah di ICU, termasuk tiga kemasukan baru dan empat kes yang telah keluar dari ICU," katanya.

Menurut Mohd Ismail, seramai 23 atau 79 peratus kes H1N1 yang sedang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak bawah lima tahun (7), penyakit kronik (6), obesiti (5), penyakit respiratori kronik (3) dan hamil (2).


Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

No comments:

Post a Comment