Saturday, August 15, 2009

Demokrasi Mencegah H1N1 Siri 8

H1N1 SEMAKIN MENGGANAS APA USAHA KERAJAAN

51 + 8 = 59 mati akibat H1n1

Jumlah kematian akibat Influenza A (H1N1) meningkatkan kepada 59 orang apabila Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga orang lagi dilaporkan meninggal dunia kerana penyakit tersebut.

Sebanyak 209 kes baru turut dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhannya meningkat kepada 3,574 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Mohd Ismail Merican berkata, tiga kematian tersebut mempunyai faktor risiko, iaitu obes, masalah jantung dan asthma.

Korban pertama ialah seorang lelaki berumur 22 tahun, obes, dimasukkan ke hospital pada 9 Ogos kerana simptom infuenza.

Palitan tekak diambil dan rawatan antiviral dimulakan keesokannya. Dia meninggal dunia pada 12 Ogos kerana viral pneumonia dan disahkan positif Influenza A(H1N1).

Seorang kedua pula ialah seorang lelaki berumur 29 tahun, mempunyai faktor risiko penyakit jantung dimasukkan ke hospital pada 10 Ogos kerana simptom influenza yang teruk selama dua hari.

Palitan tekak diambil dan antiviral diberi pada 10 Ogos. Dia bagaimanapun meninggal dunia pada 12 Ogos kerana bronchopneumonia yang teruk.

Dia disahkan positif Influenza A(H1N1) semalam (14 Ogos).

Korban ketiga pula ialah seorang wanita berumur 44 tahun dengan sejarah asma.

Dia dimasukan ke hospital pada 8 Ogos kerana simptom influenza selama lima hari.

Wanita itu diberi antiviral pada 9 Ogos dan disahkan positif influenza A(H1N1) pada 10 Ogos. Dia meninggal dunia pada 13 Ogos disebabkan oleh pneumonia.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan memohon kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai simptom influenza untuk berada di rumah sehingga tiada simptom dan sihat dan tidak mengunjungi tempat awam, tidak menggunakan pengangkutan awam, menangguhkan rancangan untuk melancong ataupun tidak ke tempat kerja atau sekolah,

Kementerian Kesihatan menjelaskan bahawa ubat antiviral hanya untuk tujuan rawatan dan bukan pencegahan. Ubat antiviral ini boleh didapati di hospital atau klinik kerajaan secara percuma. rawatan antiviral hanya diberikan kepada tiga kumpulan berikut tanpa perlu menjalani ujian pengesahan influenza A(H1N1):


Individu yang mempunyai simptom sepeti influenza dan mempunyai faktor risiko.

Individu yang mempunyai simptom ILI, tanpa mempunyai faktor risiko tetapi mempunyai demam yang tinggi (>38°C) berpanjangan (lebih daripada 2 hari).

Individu yang telah menjalani ujian “rapid test” serta didapati positif, mereka akan diberikan rawatan antiviral jika mengalami simptom jangkitan menjadi teruk dalam masa 48 jam.

Orang ramai juga perlu sedar bahawa vaksin khas untuk influenza A(H1N1) belum dihasilkan lagi. Vaksin yang ada di pasaran pada masa ini adalah vaksin untuk seasonal flu.

Statistik Negeri Panas H1N1

1. Johor

2. Melaka

3. Selangor

4. Kuala Lumpur

5. Pahang

6. Negeri Sembilan

7. Sarawak

8. Sabah

9. Perak

10. Kedah

11. Pulau Pinang

12. PutraJaya

13. Terengganu

14. Labuan

15. Perlis

16. Kelantan

Berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan itu sangat jelas bahawa kerajaan kurang memberi tumpuan terhadap rakyat. Sehingga hari ini akhbar-akhbar masih meletakkan pergolakan politik di muka depan, kemanakah slogan ' rakyat didahulukan pencapaian diutamakan itu?. Penulis berpendapat petua untuk mencegah H1N1 adalah seperti berikut,

Sambahyang + Doa hajat + Puasa + pencegahan = bebas H1N1




No comments:

Post a Comment