Wednesday, July 1, 2009

Demokrasi Bebas H1N1

H1N1: KBS tidak sekat atlet ke luar negara


SEPANG: Kementerian Belia dan Sukan tidak bercadang melarang semua atlet dan persatuan sukan menyertai kejohanan di peringkat antarabangasa dalam masa terdekat berikutan penularan wabak Influenza A (H1N1), kecuali ada arahan terbaru dikeluarkan Kementeri Kesihatan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Syabery Cheek, berkata ini kerana sebarang tindakan kementerian perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk masa depan atlet dan kepentingan negara. Beliau berkata demikian ketika menghantar pasukan kor pancaragam Victoria Institutions yang akan menyertai kejohanan pancaragam dunia di Itali pada Sabtu ini, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.


No comments:

Post a Comment