Thursday, April 30, 2009

Demokrasi Perlu Melalui IT

P.Pinang Destinasi Penyumberan Luar IT Baru Muncul

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Pulau Pinang dipilih antara destinasi perniagaan proses penyumberan luar teknologi maklumat (IT-BPO) baru muncul yang membolehkan syarikat menawarkan kepelbagaian dalam operasi global serta mengurangkan kos menjalankan perniagaan, kata laporan Exploring Global Frontiers KPMG.

Dalam satu kenyataan di sini Khamis, Pengarah Eksekutif dan Ketua Perkhidmatan Prestasi Perniagaan KPMG, Woon Tai Hai, berkata Pulau Pinang mempunyai kekuatan untuk menjadi hab utama penyumberan luar.

"Negeri itu mempunyai kumpulan pekerja berkemahiran tinggi, khidmat telekomunikasi canggih serta pusat pembangunan kemahiran yang diurus dengan baik serta kehadiran institusi pendidikan dan latihan tinggi.

"Negeri itu juga ialah ialah bandar raya siber MSC Malaysia, dengan keistimewaannya yang tersendiri," katanya.

Woon berkata ECA International dalam kajian yang dijalankan pada 2006, meletakkan Pulau Pinang sebagai tempat tinggal ke-10 terbaik di Asia dan menjadi lokasi penempatan syarikat utama IT-BPO seperti Intel, IBM, Motorola dan Citicorp.

Beliau berkata pada 2007, eksport IT-BPO dari negeri itu dianggarkan bernilai AS$564 juta (AS$1=RM3.53).

Menurutnya Pulau Pinang juga menawarkan perkhidmatan berkos rendah dan akses ke pasaran yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi.

"Dilengkapi hubungan udara langsung dengan bandar raya utama Asia seperti Hong Kong, Tokyo, Osaka, Singapura, Taipei, Bangkok, dan melalui Kuala Lumpur ke semua bandar raya utama di dunia, menjadikan Pulau Pinang terbuka kepada semua pasaran utama Asia Pasifik, terutama China dan India," kata Woon.

Woon berkata Pulau Pinang juga mengeluarkan graduan yang mempunyai kualiti hebat terutama dalam bidang kejuruteraan, teknikal dan IT, bagi memenuhi kehendak industri.

"Sebagai contoh, Pusat Pembangunan Kemahiran Tinggi Pulau Pinang mengeluarkan lebih 100,000 pelatih sejak diwujudkan pada 1998," katanya.

Laporan KPMG juga mendapati walaupun skala potensinya terhad, kumpulan bakat Pulau Pinang sesuai untuk menawarkan perkhidmatan IT-BPO berskala bebas, kurang relatif dan akhir tinggi seperti khidmat kewangan, logistik, tenaga dan farmaseutikal.

"Inilah kelebihan Pulau Pinang," kata Woon.

Beliau berkata jika penduduk Pulau Pinang dapat menempatkan diri mereka dalam bidang khusus dan kemahiran unik seperti penyumberan luar khidmat perbankan Islam, ia mampu mempromosikan dirinya sebagai lokasi penyumberan luar utama yang akan menarik lebih banyak syarikat.

"Perakuan Pulau Pinang sebagai lokasi IT-BPO baru muncul merupakan sokongan kuat ke atas jenama Malaysia secara keseluruhannya," katanya.

No comments:

Post a Comment