Sememangnya saya tidak ariff dengan perkara-perkara berkaitan hukum. Tetapi sepanjang yang saya tahu kita sesama manusia tidaklah boleh ada diantara kita yang berasa mempunyai hak dan keistimewaan dimana kita boleh menghukum seseorang.
Dimanakah kewajarannya bagi Sdr, Zambry apabila dia menyifatkan orang-orang yang menanam pokok (demokrasi) hujan disatu lereng dikawasan lapang berhadapan bangunan SUK sebagai kemuncak Penderhakaan kepada Sultan. Sdr. Zambry kena faham apabila bangunan yang sepatutnya dikhaskan untuk para penggubal undang-undang bermesyuarat dikunci dan dikawal oleh pihak keselamatan, itu sudah menjadi “moment of history”. Generasi akan datang perlu mengetahui sejarah ini bukan setakat tahu cerita-cerita beratus-ratus lapuran rasuah politik yang tak ada sebarang tindakan.
Seperkara lagi, disamping berhak berfatwa kedudukan sdra Zambry kini sedang dipertikai di Mahkamah. Tidakkah kenyataan-kenyataan sdra itu boleh mempengaruhi mahkamah?
Bagi  sdra/sdri  yang  masih  belum   melihat   plak & pokok  demokrasi  tersebut,  datanglah   cepat  kerana  saya  yakin  pihak  Kerajaan  Tempatan   sudahpun  mula  menjeling-jeling  ke kawasan  tersebut.   Bagi yang sudah ke sana, ambillah gambar dan sebarkan kepada kawan-kawan di seluruh Malaysia. Ini adalah sejarah yang sememangnya boleh dimuatkan dalam The Malaysian Book Of Record'
Walau  apapun  yang  terjadi  kepada  plak  dan  juga  pokok-pokok  tersebut, ia tidak akan mematahkan semangan juang dan ingatan  para  pencinta  demokrasi. Sejarah tetap akan terpahat dan sewajarnya ditulis secara terperinci sebagai rujukan generasi akan datang.
kekalahan kerana ''katak' tidak akan berpanjangan,  katak pasti akan mencari dan memangil hujan apabila kemarau datang. Tunggu dan lihat saja.
 

No comments:
Post a Comment