Sunday, March 8, 2009

Perjuangan Bantah PPSMI

Demi bahasa, demi Bangsa jerana Bahasa Jiwa Bangsa, ratusan ribu rakyat Malaysia turun memohon sembah memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong di Kuala Lumpur. Seperti biasa kerajaan UMNO takut rakyat mengadu kepada raja. Mereka lebih senang mempergunakan institusi raja untuk kepentingan mereka.

Pengalaman rakan-rakan yang terlibat sangat mengharukan apatah lagi peristiwa ini berlaku di Malaysia yang dianggap negara demokrasi. Mari kongsi pengalaman mereka yang menyertai perarakan tersebut,
' Perjalanan kami dari Ipoh pagi tadi terhenti di Tol Duta kerana di tahan polis dalam sekatan. Walaupun menaiki bas PlusLiner dan memiliki tiket perjalanan sah, kami itu tetap dihalang. Selepas hamper sejam ditahan, bas pertama diiringi polis ke balai Sentul. Kami masih menunggu satu lagi kereta peronda. Menunggu untuk di bawa ke balai adalah kerja sia sia. Kami mengambil jalan nekad berpecah dan meninggalkan bas kosong dan berjalan kaki. Boleh tahan juga Polis yang KEBODOHAN terkejut dengan tindakan kami. Namun mereka tiada kuasa menahan kerana kami tiada kesalahan.
Sebahagian menuruni jambatan ke kampong berdekatan mencari bas, kami yang lain ke Jalan Kucing dan mencari komuter di Segambut. Sampai jua akhirnya!
Perarakan dah bermula, jangan tunggu lagi…. Namun seperti biasa …gas pemedih mata menjadi habuan kami…. Sangat luar biasa peritnya…. Setelah dihalang dan difahamkan ada wakil yang Berjaya menyerahkan memo kami diarahkan kembali ke Masjid Negara….. Kami dikejar sekumpulan makhluk liar dengan meriam air dan gas sepanjang perjalanan. Masjid Negara turut menjadi sasaran….. nak panggil apa puak ni..??? sendiri bagi la… saya malas kerana pedih mata dan letih main kejar kejar tadi tak habis lagi……
Sebahagian gambar saya kongsi bersama…. SEMOGA YDP AGONG MENDENGAR RINTIHAN RAKYAT… Jangan biar apa terjadi di Perak berulang lagi….'

Pengalaman rakan-rakan ini sangat berguna kepada kita semua serta memberi gambaran bahawa pihak yang bertindak sebagai penjaga keamanan tidak bertindak bijak dan menggunakan emosi bersifat berat sebelah dan mempunyai agenda tersendiri untuk kepentingan kumpulan tertentu.

Komen pemimpin yang mengetuai KPM dalam berita juga agak mengelirukan serta kelihatan seolah-olah terdesak. Apa pun pujian harus diberi kepada Pak Lah yang agak rasional bila menyebut… “Keputusan segera mesti dibuat agar…” . Semoga Pak Lah terus meimpin Malaysia demi memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.


MAHFUZ BERUCAP DI DEPAN MASJID NEGARA



SALEHUDIN BERSAMA RAKYAT MERASAI DERITA


ASAP DAH MARI... APA TUNGGU LAGI....LAIN MACAM ASAP HARI NI...KEMEYAN SETANNNNN


KERANDA BAHASA DAN MUNGKIN BANGSA


PAK SAMAD DIFAHAMKAN TURUT MERASAI GAS... TAPI JANGGUT DIA BOLEH COVER GAS...SYABAS PAK SAMAD!


CINA PUN ADA..AMOI NI MELAYU KE..??



AZMI TERAS TEGUH BERSAMA.... PAKAI KAIN PUN KENA JUGA..


ASAP TAK KENAL SIAPA....


UNDUR JANGAN LARI....


TOK GURU BERSAMA UST NASA TERUK JUGA KENA.....

No comments:

Post a Comment