Sunday, March 29, 2009

Demokrasi Untuk Rakyat


Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman berkata Perubahan kepemimpinan dalam Umno kepada Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga pertemuan mengejut mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi - semalam hanya meredakan pergolakan dalaman parti itu.

Beliau, yang turut meninjau perkembangan di kawasan parlimen itu hari ini, berkata masyarakat dan pengundi belum tentu mengubah tanggapan mereka sebelum ini terhadap kerajaan.

Seorang lagi pensyarah sains politik UKM, Dr Mohammad Agus Yusoff juga mempunyai pendapat yang sama - perubahan Umno itu tidak akan memberikan kesan kepada pengundi Melayu di kerusi tersebut.

Perdamaian Abdullah-Dr Mahathir itu yang disifatkan langkah positif kepada Umno, tambah Dr Mohammad Agus, ahli-ahli Umno bermungkinan lebih bersemangat mendepani pilihanraya itu.

Pilihanraya kecil Bukit Gantang yang bermula hari ini menyaksikan persaingan sengit calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan calon BN Ismail Safian yang dianggap "referendum" terhadap Najib dan menteri besar Pakatan Rakyat itu.

Ia dimeriahkan lagi dengan kehadiran calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Sementara itu, mengulas pilihanraya kecil Bukit Selambau, Dr Ahmad Nidzamuddin berkata kemenangan presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu bagi penggal tidak memberikan kesan kerana pengundi Melayu memainkan peranan penentu di kerusi DUN itu.

Calon MIc Datuk S Ganesan menggalas cabaran BN bagi berdepan dengan muka baru PKR S Manikumar bersama 13 calon bebas - menjadikan pilihanraya kecil ini merekodkan sejarah paling ramai di Malaysia.

No comments:

Post a Comment