Sunday, March 21, 2010

Lebih Masa Guru BM dan BI Tahun 2011

Kabinet telah memutuskan supaya masa pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dipanjangkan mulai sesi persekolahan 2011, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran ber- kata keputusan itu, yang dibuat pada mesyuarat Kabinet semalam, adalah selaras dengan usaha untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di kalangan pelajar sekolah berikutan pemansuhan pengajian dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris tahun sudah.
Bagaimanapun beliau berkata masa persekolahan tidak akan dipanjangkan, tetapi akan diolah menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan untuk pelajar.
“Kita akan buat pengubahsuaian dari segi kokurikulum selaras dengan perubahan-perubahan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ke-29 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini kelmarin.
Masa pembelajaran untuk Bahasa Malaysia (BM) di sekolah rendah dan menengah kebangsaan bagaimanapun akan kekal pada 240 minit seminggu tetapi bagi pembelajaran Bahasa Inggeris (BI) akan ditambah kepada 330 minit seminggu daripada 240 minit yang dipraktikkan sekarang.
Di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil dan Cina), sesi pembelajaran untuk BM akan ditambah dari 270 minit kepada 330 minit seminggu. Bagi BI, ia akan ditambah menjadi 120 minit seminggu daripada hanya 60 minit.
Mengenai bahan bacaan terhad yang dilaporkan berlaku di perpustakaan sekolah, Muhyiddin menyarankan supaya lebih banyak badan korporat turut menderma buku kepada perpustakaan sekolah sebagai sebahagian tanggungjawab sosial mereka.
Terdahulu dalam ucapannya, Timbalan Perdana Menteri menyarankan supaya pihak pengajur pesta buku tersebut meningkatkan status mereka hingga setanding dengan Pesta Buku Frankfurt yang terbesar di dunia.
“Saya sarankan supaya PBAKL diangkat statusnya, dianjakkan fokusnya dan dijadikan Pusat Perdagangan Industri Buku sekurang-kurangnya bagi rantau Asia dalam jangka masa 10 tahun akan datang,” katanya.
Beliau yakin sasaran itu dapat dicapai memandangkan nilai dagangan tunai PBAKL 2009 dianggarkan mencecah RM20 juta.
Oleh itu katanya, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia perlu bersedia untuk menjadi agensi peneraju kepada industri buku negara bagi mencapai hasrat tersebut.
“Saya mengutarakan cadangan ini kerana percaya bahawa PBAKL menpunyai potensi tinggi untuk berkembang dengan lebih maju,” katanya.
Ketua Pengarah Pelajaran yang juga Peng- erusi PBAKL, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pesta kali ini disertai oleh 202 syarikat luar dan dalam negeri dengan jumlah 856 gerai.
Katanya pesta 10 hari itu yang akan berlangsung hingga 28 Mac dijangka menarik 1.5 juta pengunjung.

No comments:

Post a Comment